Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أكبرَ الكبائرِ الإشراكُ باللهِ، وعقوقُ الوالدَيْنِ، ومَنْعُ فضلِ الماءِ، ومَنْعُ الفَحْلِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dosa besar yang paling besar ialah menyekutukan Allah, derhaka kepada ibu bapa, menegah lebihan air dan menegah binatang jantan (untuk mengawan).
Sahabat Perawi
- Buraydah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459, hadis no. 2462.
(ضعيف) عن بريدة بن الحصيب -رضي الله عنه- أن رسول الله ﷺ قال: «إن أكبر الكبائر الإشراك بالله، وعقوق الوالدين، ومنع فضل الماء، ومنع الفحل». [البزار، «الضعيفة» (2173)].
(Lemah) Daripada Buraydah bin al-Hasib RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya dosa besar yang paling besar ialah menyekutukan Allah, derhaka kepada ibu bapa, menegah lebihan air dan menegah binatang jantan (untuk mengawan).” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2173].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman