Sesungguhnya doa yang paling benar ialah engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku dan aku pula ialah hamba-Mu

TEKS BAHASA ARAB

إن أوثق الدعاء أن تقول: اللهم! أنت ربي، وأنا عبدك، ظلمت نفسي، واعترفت بذنبي، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، رب اغفر لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya doa yang paling utuh ialah engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku dan aku pula ialah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui dosaku. Tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Wahai Tuhan! Ampunilah aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis nombor 7386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أوثق الدعاء أن تقول: اللهم! أنت ربي، وأنا عبدك، ظلمت نفسي، واعترفت بذنبي، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، رب اغفر لي)). [خد، ((الضعيفة)) (3339)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya doa yang paling utuh ialah engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku dan aku pula ialah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui dosaku dan tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Wahai Tuhan! Ampunilah aku.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3339]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs