Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أَوْثَقَ الدعاءِ أن تقولَ: اللهم! أنت ربي، وأنا عبدُكَ، ظلمتُ نفسي، واعترفتُ بذنبي، ولا يغفرُ الذنوبَ إلا أنت، ربِّ اغفرْ لي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya doa yang paling utuh ialah engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku dan aku pula ialah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui dosaku. Tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Wahai Tuhan! Ampunilah aku.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis no. 7386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أوثق الدعاء أن تقول: اللهم! أنت ربي، وأنا عبدك، ظلمت نفسي، واعترفت بذنبي، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، رب اغفر لي)). [خد، ((الضعيفة)) (3339)]
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya doa yang paling utuh ialah engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkaulah Tuhanku dan aku pula ialah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mengakui dosaku dan tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Wahai Tuhan! Ampunilah aku. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3339]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman