Sesungguhnya dirham dinamakan sebagai dirham kerana ia adalah rumah kerisauan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنما سمي الدرهم لأنه دار هم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya dinamakan dirham itu kerana ia rumah kerisauan, dan sesungguhnya dinamakan dinar kerana ia rumah neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 150-151, hadis nombor 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا، وهو موضوع آفته: عبد الله ابن أبي علاج.

Ibn Hibban meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu, kecacatannya ialah Abdullah bin Abi ‘Ilaj.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs