Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إِنَّمَا سُمِّيَ الدِّرْهَمُ لأَنَّهُ دَارُ هَمٍّ وَإِنَّمَا سُمِّيَ الدِّينَارُ لأَنَّهُ دار نار.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya dinamakan dirham itu kerana ia rumah kerisauan, dan sesungguhnya dinamakan dinar kerana ia rumah neraka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 150-151, hadis no. 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا، وهو موضوع آفته: عبد الله ابن أبي علاج.
Ibn Hibban meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu, kecacatannya ialah Abdullah bin Abi ‘Ilaj.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman