Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya dinamakan Ramadhan kerana ianya menghapuskan dosa

Teks Bahasa Arab

حديث: إنما سمي رمضان لأنه يرمض الذنوب وإن فيه ثلاث ليال: ليلة سبع عشرة وليلة تسع عشرة وليلة إحدى وعشرين من فاتته فاته خير كثير ومن لم يغفر له في شهر رمضان ففي أي شهر يغفر له؟.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya dinamakan Ramadhan kerana ianya menghapuskan dosa. Pada bulan Ramadan terdapat tiga malam iaitu malam ke 17, 19 dan 21 Ramadhan. Sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka ia kehilangan kebaikan yang banyak, sesiapa yang tidak diampunkan di dalam bulan Ramadhan maka pada bulan manakah lagi dia akan diampunkan?

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 91, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: في إسناده زياد بن ميمون كذاب.

Al-Suyuthi berkata dalam al-Zail padanya terdapat perawi bernama Ziyad bin Maimun seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.