Sesungguhnya dinamakan Bait (Kaabah) al-Atiq

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما سمي البيت العتيق لأن الله -عز وجل- أعتقه من الجبابرة، فلم يظهر عليه جبار قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dinamakan Bait (Kaabah) al-Atiq kerana Allah Azzawajalla membebaskannya daripada orang yang zalim, maka tidak akan pernah orang-orang zalim menguasainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1828, hadis nombor 9218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن الزبير – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((إنما سمي البيتُ العتيق لأنّ الله -عزّ وجلّ- أعتقه من الجبابرة، فلم يظهر عليه جبّارُ قَط)). [ت، نخ، ك، ابن عساكر، ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (3222)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin al-Zubair RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya dinamakan Bait (Kaabah) al-Atiq kerana Allah Azzawajalla membebaskannya daripada orang yang zalim, maka tidak akan pernah orang-orang zalim menguasainya. [Riwayat Sunan al-Tirmiẓī, al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, Mustadrak al-Ḥākim, Ibnu Asakir, dan Ibnu al-A’rabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3222]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.