Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنما سُمِّيَ البيتُ العتيقُ لأنَّ اللهَ -عَزَّ وجَلَّ- أعتقه من الجبابرةِ، فلم يَظْهَرْ عليه جَبَّارٌ قَطُّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dinamakan Bait (Kaabah) al-Atiq kerana Allah Azzawajalla membebaskannya daripada orang yang zalim, maka tidak akan pernah orang-orang zalim menguasainya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1828, hadis no. 9218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن الزبير – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((إنما سمي البيتُ العتيق لأنّ الله -عزّ وجلّ- أعتقه من الجبابرة، فلم يظهر عليه جبّارُ قَط)). [ت، نخ، ك، ابن عساكر، ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (3222)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin al-Zubair RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya dinamakan Bait (Kaabah) al-Atiq kerana Allah Azzawajalla membebaskannya daripada orang yang zalim, maka tidak akan pernah orang-orang zalim menguasainya. [Riwayat Sunan al-Tirmiẓī, al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, Mustadrak al-Ḥākim, Ibnu Asakir, dan Ibnu al-A’rabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3222]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman