Sesungguhnya dikatakan sebagai Tuhan Ibrahim, Tuhan Ishak dan Ya’aqub maka jadikanlah aku yang keempat sehinggalah dikatakan juga Tuhan Dawud

TEKS BAHASA ARAB

إن داود سأل ربه فقال: يا رب! إنه يقال: رب إبراهيم وإسحاق ويعقوب، فاجعلني رابعهم حتى يقال: ورب داود. فقال: يا داود! إنك لم تبلغ ذلك، إن إبراهيم لم يعدل بي شيئا قط، ألا ترى إليه إذ يقول: أفرأيتم ما كنتم تعبدون ﴿٧٥﴾ أنتم وآباؤكم الأقدمون ﴿٧٦﴾ فإنهم عدو لي إلا رب العالمين ﴿٧٧﴾، يا داود! وأما إسحاق، فإنه جاد بنفسه لي في الذبح، وأما يعقوب فإني ابتليته ثمانين سنة فلم يسئ بي الظن ساعة قط، فلن تبلغ ذلك يا داود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Dawud telah bertanya kepada Tuhannya lalu baginda berkata: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya dikatakan sebagai Tuhan Ibrahim, Tuhan Ishak dan Ya’aqub maka jadikanlah aku yang keempat sehinggalah dikatakan juga Tuhan Dawud". Lalu Allah berfirman: "Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau tidak sampai kepada sebegitu. Sesungguhnya Ibrahim tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu pun, tidakkah kau melihat ketika dia berkata, firman Allah SWT: Sudahkah kamu berfikir tentang benda-benda yang kamu sembah itu? Yang sekian lama disembah oleh kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? Sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam. [Surah al-Shu’ara: 75-77]. Wahai Dawud! Manakala Ishak pula, sesungguhnya dia bersungguh-sungguh dengan dirinya untukku dalam penyembelihan. Bagi Ya’aqub pula sesungguhnya aku telah mengujinya selama lapan puluh tahun dan dia tidak bersangka buruk pun terhadapku walau sesaat pun. Maka kau tidak akan sampai pada tahap itu wahai Dawud”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1526, hadis nombor 7759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي سعيد الخدري- رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن داود سأل ربه فقال: يا رب! إنه يقال: رب إبراهيم وإسحاق ويعقوب، فاجعلني رابعهم حتى يقال: ورب داود. فقال: يا داود! إنك لم تبلغ ذلك؛ إن إبراهيم لم يعدل بي شيئا قط، ألا ترى إليه إذ يقول: {أفرأيتم ما كنتم تعبدون أنتم وآباؤكم الأقدمون فإنهم عدو لي إلا رب العالمين}. يا داود! وأما إسحاق؛ فإنه جاد بنفسه لي في الذبح. وأما يعقوب؛ فإني ابتليته ثمانين سنة، فلم يسئ بي الظن ساعة قط؛ فلن تبلغ ذلك يا داود)). [عق، ((الضعيفة)) (5896)].

(Munkar)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Dawud telah bertanya kepada Tuhannya lalu baginda berkata: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya dikatakan sebagai Tuhan Ibrahim, Tuhan Ishak dan Ya’aqub maka jadikanlah aku yang keempat sehinggalah dikatakan juga Tuhan Dawud." Lalu Allah berfirman: "Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau tidak sampai kepada sebegitu. Sesungguhnya Ibrahim tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu pun, tidakkah kau melihat ketika dia berkata, firman Allah SWT: Sudahkah kamu berfikir tentang benda-benda yang kamu sembah itu? Yang sekian lama disembah oleh kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? Sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam. [Surah al-Shu’ara: 75-77]. Wahai Dawud! Manakala Ishak pula, sesungguhnya dia bersungguh-sungguh dengan dirinya untukku dalam penyembelihan. Bagi Ya’aqub pula sesungguhnya aku telah mengujinya selama lapan puluh tahun dan dia tidak bersangka buruk pun terhadapku walau sesaat pun. Maka kau tidak akan sampai pada tahap itu wahai Dawud.” [Riwayat al-‘Uqaylī dalam Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5896].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs