Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ داودَ سألَ ربَّهُ فقالَ: يا ربِّ! إنَّهُ يقالُ: ربُّ إبراهيمَ وإسحاقَ ويَعقوبَ، فاجعَلني رابعَهُم حتَّى يقالَ: وربِّ داودَ. فقالَ: يا داودَ! إنَّكَ لم تبلُغ ذلِكَ، إنَّ إبراهيمَ لم يعدِلْ بي شيئًا قطُّ، ألا ترى إليهِ إذ يقولُ: أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ ﴿٧٥﴾ أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ ﴿٧٦﴾. فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ ﴿٧٧﴾، يا داود! وأمَّا إسحاقُ؛ فإنَّهُ جادَ بنَفسِهِ لي في الذَّبحِ. وأمَّا يعقوبُ فإنِّي ابتليتُهُ ثَمانينَ سنةً، فلم يُسئْ بيَ الظَّنَّ ساعةً قطُّ، فلَن تبلغَ ذلِكَ يا داودَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Dawud telah bertanya kepada Tuhannya lalu baginda berkata: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya dikatakan sebagai Tuhan Ibrahim, Tuhan Ishak dan Ya’aqub maka jadikanlah aku yang keempat sehinggalah dikatakan juga Tuhan Dawud". Lalu Allah berfirman: "Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau tidak sampai kepada sebegitu. Sesungguhnya Ibrahim tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu pun, tidakkah kau melihat ketika dia berkata, firman Allah SWT: Sudahkah kamu berfikir tentang benda-benda yang kamu sembah itu? Yang sekian lama disembah oleh kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? Sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam. [Surah al-Shu’ara: 75-77]. Wahai Dawud! Manakala Ishak pula, sesungguhnya dia bersungguh-sungguh dengan dirinya untukku dalam penyembelihan. Bagi Ya'aqub pula sesungguhnya aku telah mengujinya selama lapan puluh tahun dan dia tidak bersangka buruk pun terhadapku walau sesaat pun. Maka kau tidak akan sampai pada tahap itu wahai Dawud”.
Sahabat Perawi
- Abu Sa’id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1526, hadis no. 7759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Dawud telah bertanya kepada Tuhannya lalu baginda berkata: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya dikatakan sebagai Tuhan Ibrahim, Tuhan Ishak dan Ya’aqub maka jadikanlah aku yang keempat sehinggalah dikatakan juga Tuhan Dawud." Lalu Allah berfirman: "Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau tidak sampai kepada sebegitu. Sesungguhnya Ibrahim tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu pun, tidakkah kau melihat ketika dia berkata, firman Allah SWT: Sudahkah kamu berfikir tentang benda-benda yang kamu sembah itu? Yang sekian lama disembah oleh kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? Sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhku, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam. [Surah al-Shu’ara: 75-77]. Wahai Dawud! Manakala Ishak pula, sesungguhnya dia bersungguh-sungguh dengan dirinya untukku dalam penyembelihan. Bagi Ya'aqub pula sesungguhnya aku telah mengujinya selama lapan puluh tahun dan dia tidak bersangka buruk pun terhadapku walau sesaat pun. Maka kau tidak akan sampai pada tahap itu wahai Dawud.” [Riwayat al-‘Uqaylī dalam Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5896].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman