TEKS BAHASA ARAB
إنما جعلت الخطبة مكان الركعتين، فإن لم يدرك الخطبة، فليصل أربعا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya dijadikan khutbah itu menempati (menggantikan) dua rakaat (zuhur). Jika seseorang tidak sempat mendapatkan khutbah, maka hendaklah dia solat empat rakaat.
STATUS
Tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 304, hadis nombor 1607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعًا) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قَالَ: ((إِنَّمَا جُعِلَتِ الْخُطْبَةُ مَكَانَ الرَّكْعَتَيْنِ، فَإِنْ لَمْ يُدْرِكِ الْخُطْبَةَ، فَلْيُصَلِّ أَرْبَعًا)). [ش، عب، ((الضعيفة)) (5200)].
(Tiada asal baginya secara marfu’) Daripada Umar bin al-Khattab RA, dia telah berkata: “Sesungguhnya dijadikan khutbah itu menempati (menggantikan) dua rakaat (zuhur). Jika seseorang tidak sempat mendapatkan khutbah, maka hendaklah dia solat empat rakaat.” [Riwayat Ibn Abi Shaybah dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5200].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.