Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya dijadikan khutbah itu menempati (menggantikan) dua rakaat (zuhur)

Teks Bahasa Arab

إِنَّمَا جُعِلَتِ الْخُطْبَةُ مَكَانَ الرَّكْعَتَيْنِ، فَإِنْ لَمْ يُدْرِكِ الْخُطْبَةَ، فَلْيُصَلِّ أَرْبَعًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya dijadikan khutbah itu menempati (menggantikan) dua rakaat (zuhur). Jika seseorang tidak sempat mendapatkan khutbah, maka hendaklah dia solat empat rakaat.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 304, hadis no. 1607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعًا) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قَالَ: ((إِنَّمَا جُعِلَتِ الْخُطْبَةُ مَكَانَ الرَّكْعَتَيْنِ، فَإِنْ لَمْ يُدْرِكِ الْخُطْبَةَ، فَلْيُصَلِّ أَرْبَعًا)). [ش، عب، ((الضعيفة)) (5200)].

(Tiada asal daripada ucapan Nabi SAW) Daripada Umar bin al-Khattab RA, dia telah berkata: “Sesungguhnya dijadikan khutbah itu menempati (menggantikan) dua rakaat (zuhur). Jika seseorang tidak sempat mendapatkan khutbah, maka hendaklah dia solat empat rakaat.” [Riwayat Ibn Abi Shaybah dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5200].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.