Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مِنْ نعمةِ اللهِ على العَبْدِ أنْ يُشْبِهَه وَلَدُه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya diantara salah satu nikmat Allah kepada hamba-Nya adalah diserupakan rupanya dan anaknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 935, hadis no. 4811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما- مرفوعا: إن من نعمة الله على العبد أن يشبهه ولده. [الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، الضعيفة (3207)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya diantara salah satu nikmat Allah kepada hamba-Nya adalah diserupakan rupanya dan anaknya. [Riwayat al- Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmua’tih bi Marwi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3207].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman