Sesungguhnya Dia yang telah menurunkan penyakit Dia jugalah yang telah menurunkan ubat

TEKS BAHASA ARAB

إن الَّذِي جعل الدَّاءَ أَنْزَلَ الدَّواءَ؛ فجعل شفاء ما شاء فيما شاءَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Dia yang telah menurunkan penyakit Dia jugalah yang telah menurunkan ubat. Maka Dia telah menjadikan kesembuhan sesuai dengan kehendakNya pada apa yang Dia kehendaki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768, hadis nombor 8897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الَّذِي جعل الدَّاءَ أَنْزَلَ الدَّواءَ؛ فجعل شفاء ما شاء فيما شاءَ.)) [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (7078)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Dia yang telah menurunkan penyakit Dia jugalah yang telah menurunkan ubat. Maka Dia telah menjadikan kesembuhan sesuai dengan kehendakNya pada apa yang Dia kehendaki.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7078].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs