Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الَّذِي جعل الدَّاءَ أَنْزَلَ الدَّواءَ؛ فجعل شفاء ما شاء فيما شاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Dia yang telah menurunkan penyakit Dia jugalah yang telah menurunkan ubat. Maka Dia telah menjadikan kesembuhan sesuai dengan kehendakNya pada apa yang Dia kehendaki.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1768, hadis no. 8897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الَّذِي جعل الدَّاءَ أَنْزَلَ الدَّواءَ؛ فجعل شفاء ما شاء فيما شاءَ.)) [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (7078)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Dia yang telah menurunkan penyakit Dia jugalah yang telah menurunkan ubat. Maka Dia telah menjadikan kesembuhan sesuai dengan kehendakNya pada apa yang Dia kehendaki.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7078].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman