Sesungguhnya dia terkena suatu azab kubur, kemudian dia berkata kepadaku: “Wahai Muhammad!”

TEKS BAHASA ARAB

إنه مسه شيء من عذاب القبر؛ فقال لي: يا محمد! فشفعت إلى ربي أن يخفف عنه إلى أن تجف هاتان الجريدتان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dia terkena suatu azab kubur, kemudian dia berkata kepadaku: “Wahai Muhammad!” Maka aku memohon syafaat kepada Tuhanku agar meringankan (azab)nya sehinggalah dua pelepah ini kering.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539, hadis nombor 2841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي رافع – رضي الله عنه -، قال: كنا مع النبي ﷺ في جنازة، إذ سمع شيئا في قبر، فقال لبلال: «ائتني بجريدة خضراء». فكسرها باثنتين، وترك نصفها عند رأسه ونصفها عند رجليه، فقال له عمر: لم يا رسول الله فعلت هذا به؟ قال: «إنه مسه شيء من عذاب القبر؛ فقال لي: يا محمد! فشفعت إلى ربي أن يخفف عنه إلى أن تجف هاتان الجريدتان». [الذهبي في الميزان، «الضعيفة» (6007)].

(Sangat Munkar) Daripada Abū Rāfi‘ RA, beliau berkata: Kami sedang bersama dengan Nabi ﷺ di samping seorang jenazah. Tiba-tiba baginda mendengar sesuatu dalam kubur. Lantas baginda bersabda kepada Bilal: “Bawakan kepadaku sebatang pelepah yang segar.” Lalu baginda mematahkannya kepada dua dan meletakkan separuh di bahagian kepalanya, manakala separuh lagi di kakinya. Umar pun bertanya kepada baginda: “Mengapakah wahai Rasulullah, kamu melakukan ini kepadanya?”. Baginda menjawab: “Sesungguhnya dia terkena suatu azab kubur, kemudian dia berkata kepadaku: “Wahai Muhammad!” Maka aku memohon syafaat kepada Tuhanku agar meringankan (azab)nya sehinggalah dua pelepah ini kering”. [Riwayat al-Dzahabī dalam al-Mīzān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6007].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs