Sesungguhnya dia (Muhammad) telah didatangi manusia yang ingin menukar nama mereka

TEKS BAHASA ARAB

بل أنت عتبة بن عبد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau ialah Utbah bin Abd.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 954, hadis nombor 4921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عتبة بن عبد – رضي الله عنه – قال: أنه أتى في أناس يريدون أن يغيروا أسماءهم، قال: فلما رآني رسول الله -ﷺ- دعاني وأنا غلام حدث، فقال: ما اسمك؟ فقلت: عتلة بن عبد. فقال النبي -ﷺ-: بل أنت عتبة بن عبد، أرني سيفك. فسله، فسله، فلما نظر إليه؛ فإذا هو سيف فيه دقة وضعف فقال: لا تضرب بهذا؛ ولكن اطعن به طعنا.
[الفسوي، طب، ابن قانع، ((الضعيفة))(5511)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Utbah bin Abd RA telah berkata: Sesungguhnya dia (Muhammad) telah didatangi manusia yang ingin menukar nama mereka. Dia berkata lagi: Apabila Rasulullah SAW memandangku Baginda memanggilku dan ketika itu aku masih kecil. Baginda bersabda: Siapakah nama kamu? Aku menjawab: Utlah bin ‘Abd. Lalu Rasulullah SAW memberitahuku: Engkau ialah Utbah bin Abd, tunjukkan aku pedangmu. Lantas dia menghunuskannya. Apabila Baginda melihatnya di mana pedang itu mempunyai bunyi dan kelemahan, Rasulullah pun bersabda: Jangan kamu gunakan pukul dengan pedang ini, tapi tusuklah ia dengan tusukan yang benar.
[Riwayat al-Fasawi, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5511].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs