Sesungguhnya dia (Aisyah) kecintaan ayahmu demi Tuhan pemilik Kaabah

TEKS BAHASA ARAB

إنها حبة أبيك ورب الكعبة!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dia (Aisyah) kecintaan ayahmu demi Tuhan pemilik Kaabah!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1828, hadis nombor 9219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن زيد بن جدعان عن أم محمد امرأة أبيه – وزعموا أنها كانت تدخل على أم المؤمنين، قالت: قالت أم المؤمنين: دخل علي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعندنا زينب بنت جحش، فجعل يصنع شيئاً بيده، فقلت بيده، حتى فطنته لها، فأمسك، وأقبلت زينب تقحم لعائشة رضي الله عنها فنهاها، فأبت تنتهي، فقال لعائشة: سبيها، فسبتها، فغلبتها، فانطلقت زينب إلى علي رضي الله عنه فقال: إن عائشة رضي الله عنها وقعت بكم، وفعلت، فجاءت فاطمة فقال لها: ((إنها حبة أبيك ورب الكعبة!)) فانصرفت، فقالت له: إني قلت له: كذا وكذا، فقال لي: كذا وكذا، قال: وجاء علي -رضي الله عنه- إلى النبي -صلى الله عليه وسلم-، فكلمه في ذلك. [د، حم، ((الضعيفة)) (3342)]

(Lemah) Daripada Ali bin Zaid bin Jud’an daripada Ummu Muhamad, isteri ayahnya-mereka mendakwa dia telah berjumpa Ummu al-Mukminin- telah berkata: Ummu al-Mukminin berkata: “Rasulullah SAW mendatangiku dan Zainab binti Jahsy ada bersama kami, dan lalu Baginda mengerjakan sesuatu menggunakan tangan Baginda. Aku berkata sesuatu tentang tangan Baginda (menggunakan isyarat tangan), sehinggalah aku memahaminya, lalu Baginda menahannya. Zainab bertemu Aisyah RA dan mencelanya, Baginda melarangnya dan dia tidak mahu berhenti maka Baginda berkata kepada Aisyah: Cela dia, kemudian dia mencelanya, dan dia menang ke atasnya (Zainab). Zainab pergi berjumpa Ali RA. Ali RA berkata: Sesungguhnya Aisyah mencela kamu dan dia telah melakukannya. Kemudian Fatimah RA datang dan Ali RA berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya dia (Aisyah) kecintaan ayahmu demi Tuhan pemilik Kaabah!’ Fatimah pun meninggalkan tempat itu. Dia (Zainab) berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah berkata kepadanya: Begini dan begini…. Dia berkata kepadaku: Begini dan begini…Dia berkata: Ali RA berjumpa Nabi SAW dan menceritakan apa yang terjadi.” [Riwayat Sunan Abī Dāwud, dan Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3342]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs