Sesungguhnya di syurga terdapat suatu tempat dinamakan Dar al-Farh

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "إن في الجنة دارا يقال لها [دار _ ] الفرح لا يدخلها إلا من فرح الصبيان".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya di syurga terdapat suatu tempat dinamakan Dar al-Farh tidak akan masuk padanya melainkan sesiapa yang mengembirakan kanak-kanak.


STATUS

Tidak sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 72, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي وقال: لا يصح وقد رواه ابن النجار في تاريخ بغداد من حديث عقبة بن عامر والديلمي من حديث ابن عباس .

Ibn Adi meriwayatkan di dalam kitabnya, beliau berkata: Hadith ini tidak sahih, Ibn al-Najjar turut meriwayatkan di dalam kitab Tarikh al-Baghdad daripada hadith Uqbah bin Amir. Al-Dailaimi meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs