Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya di syurga terdapat suatu tempat dinamakan Dar al-Farh

Teks Bahasa Arab

حديث: "إن في الجنة دارا يقال لها [دار _ ] الفرح لا يدخلها إلا من فرح الصبيان".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya di syurga terdapat suatu tempat dinamakan Dar al-Farh tidak akan masuk padanya melainkan sesiapa yang mengembirakan kanak-kanak.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. 'Uqbah bin 'Amir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 72, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي وقال: لا يصح وقد رواه ابن النجار في تاريخ بغداد من حديث عقبة بن عامر والديلمي من حديث ابن عباس .

Ibn Adi meriwayatkan di dalam kitabnya, beliau berkata: Hadith ini tidak sahih, Ibn al-Najjar turut meriwayatkan di dalam kitab Tarikh al-Baghdad daripada hadith Uqbah bin Amir. Al-Dailaimi meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.