Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya di neraka jahannam itu terdapat satu lembah

Teks Bahasa Arab

إنَّ في جهنمَ لواديًا تستعيذُ جهنمَ من ذلك الوادي كلَّ يومٍ أربعَ مئةِ مرةٍ، أعد ذلك الوادي للمُرائين من أمةِ محمدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ: لحاملِ كتابِ اللهِ، وللمصدقِ في غيرِ ذاتِ اللهِ، وللحاجِّ إلى بيتِ اللهِ، وللخارجِ في سبيلِ اللهِ

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya di neraka jahannam itu terdapat satu lembah yang jahanam sendiri meminta perlindungan daripada lembah tersebut setiap hari sebanyak 400 kali. Ia disediakan untuk orang-orang riyak daripada umat Nabi Muhammad SAW iaitu bagi orang-orang yang membawa Kitab Allah, dan orang-orang yang bersedekah kerana selain zat Allah, dan bagi orang-orang yang mengerjakan haji di rumah Allah dan orang-orang yang keluar di jalan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2039, hadis no. 10262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: إن في جهنم لواديا تستعيذ جهنم من ذلك الوادي كل يوم أربع مئة مرة، أعد ذلك الوادي للمرائين من أمة محمد ﷺ: لحامل كتاب الله، وللمصدق في غير ذات الله، وللحاج إلى بيت الله، وللخارج في سبيل الله. [طب، ((الضعيفة)) (5023)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya di neraka jahannam itu terdapat satu lembah yang jahanam sendiri meminta perlindungan daripada lembah tersebut setiap hari sebanyak 400 kali. Ia disediakan untuk orang-orang riyak daripada umat Nabi Muhammad SAW iaitu bagi orang-orang yang membawa Kitab Allah, dan orang-orang yang bersedekah kerana selain zat Allah, dan bagi orang-orang yang mengerjakan haji di rumah Allah dan orang-orang yang keluar di jalan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5023]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.