Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن في جهنم لوادياً تستعيذ جهنم من ذلك الوادي كل يوم أربع مئة مرة أعد ذلك الوادي للمرائين من أمة محمد صلى الله عليه وسلم : لحامل كتاب الله، وللمصدق في غير ذات الله وللحاج إلى بيت الله وللخارج في سبيل الله.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di neraka jahanam terdapat sebuah lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak empat ratus kali sehari. Lembah tersebut disediakan untuk golongan daripada kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang suka berbangga dengan amalannya. Ianya disediakan untuk penghafaz al-Quran, orang bersedekah bukan kerana Allah, orang yang melaksanakan haji ke Baitullah dan seorang yang keluar berjuang di jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis no. 5198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن في جهنم لواديا تستعيذ جهنم من ذلك الوادي كل يوم أربع مئة مرة أعد ذلك الوادي للمرائين من أمة محمد ﷺ: لحامل كتاب الله وللمصدق في غير ذات الله وللحاج إلى بيت الله، وللخارج في سبيل الله. [طب، الضعيفة (5023)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya di neraka jahanam terdapat sebuah lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak empat ratus kali sehari. Lembah tersebut disediakan untuk golongan daripada kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang suka berbangga dengan amalannya. Ianya disediakan untuk penghafaz al-Quran, orang bersedekah bukan kerana Allah, orang yang melaksanakan haji ke Baitullah dan seorang yang keluar berjuang di jalan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 5023].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman