Sesungguhnya di neraka ada satu lembah yang dinamakan Habhab

TEKS BAHASA ARAB

إن في جهنم واديا يقال له: ‌هبهب، حقا على الله أن يسكنه كل جبار عنيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di neraka ada satu lembah yang dinamakan Habhab, Allah akan mencampakkan di dalamnya semua orang yang berlaku zalim dan degil.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis nombor 3356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بردة بن أبي موسى الأشعري عن أبيه -رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن في جهنم واديا يقال له: ‌هبهب، حقا على الله أن يسكنه كل جبار عنيد)). [عق، ابن لال في ((حديثه))، عد، ك، ابن عساكر، ع، طب، ((الضعيفة)) (1181)]

(Lemah) Daripada Abu Burdah bin Abi Musa al-Asy’ari dari ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya di neraka ada satu lembah yang dinamakan Habhab, Allah akan mencampakkan di dalamnya semua orang yang berlaku zalim dan degil.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir, Ibn Lal dalam Hadis, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Musnad Abi Ya’la dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1181]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs