Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
- إن في جهنمَ واديًا يُقالُ له : هَبْهَبُ، حَقًّا على اللهِ أن يُسْكِنَهُ كلَّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di neraka ada satu lembah yang dinamakan Habhab, Allah akan mencampakkan di dalamnya semua orang yang berlaku zalim dan degil.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis no. 3356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بردة بن أبي موسى الأشعري عن أبيه -رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن في جهنم واديا يقال له: هبهب، حقا على الله أن يسكنه كل جبار عنيد)). [عق، ابن لال في ((حديثه))، عد، ك، ابن عساكر، ع، طب، ((الضعيفة)) (1181)]
(Lemah) Daripada Abu Burdah bin Abi Musa al-Asy’ari dari ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya di neraka ada satu lembah yang dinamakan Habhab, Allah akan mencampakkan di dalamnya semua orang yang berlaku zalim dan degil.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir, Ibn Lal dalam Hadis, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Musnad Abi Ya’la dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1181]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman