Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya di neraka ada batu yang dipanggil Wail

Teks Bahasa Arab

إنَّ في النَّارِ حَجرًا يقالُ لهُ: (ويلٌ)؛ يصعدُ علَيهِ العرفاءُ وينزلونَ فيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya di neraka ada batu yang dipanggil Wail, ia akan dinaiki oleh golongan al-‘Urafa’ (pemimpin) dan mereka mendiami padanya.

Sahabat Perawi

  1. Saad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 842, hadis no. 4322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن في النار حجرا يقال له: (ويل)؛ يصعد عليه العرفاء وينزلون فيه)). [البزار، ((الضعيفة)) (5071)]

(Lemah) Daripada Sa’ad RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya di neraka ada batu yang dipanggil Wail, ia akan dinaiki oleh golongan al-‘Urafa’ (pemimpin) dan mereka mendiami padanya. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5071]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.