Sesungguhnya di Mekah ada empat orang dalam kalangan Quraisy

TEKS BAHASA ARAB

إن بمكة أربعة نفر من قريش، أربأ بهم عن الشرك، وأرغب لهم في الإسلام: عتاب بن أسيد، وجبير بن مطعم، وحكيم بن حزام، وسهيل بن عمرو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di Mekah ada empat orang dalam kalangan Quraisy. Mereka bebas daripada syirik dan aku suka mereka memeluk Islam. Mereka itu ialah ‘Attab bin Usaid, Jubair bin Mut’im, Hakim bin Hizam dan Suhail bin ‘Amru.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1926 hadis nombor 9665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله ﷺ: ليلة قربه من مكة في غزوة الفتح: إن بمكة أربعة نفر من قريش، أربأ بهم عن الشرك، وأرغب لهم في الإسلام: عتاب بن أسيد، وجبير بن مطعم، وحكيم بن حزام، وسهيل بن عمرو.
[الزبير بن بكار في ((جمهرة نسب قريش وأخبارها))، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6222)]

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda pada malam hari berdekatan Mekah ketika peperangan al-Fath: Sesungguhnya di Mekah ada empat orang dalam kalangan Quraisy. Mereka bebas daripada syirik dan aku suka mereka memeluk Islam. Mereka itu ialah ‘Attab bin Usaid, Jubair bin Mut’im, Hakim bin Hizam dan Suhail bin ‘Amru.
[Riwayat al-Zubayr bin Bakkar dalam Jamharat Nisab Quraysh wa Akhbariha, Mustadrak al-Hakim, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6222]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs