Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya di dalam syurga itu adanya beberapa bilik

Teks Bahasa Arab

إنَّ في الجنَّةِ غرفًا، يُرَى ظَواهرُها مِن بواطنِها، وبواطنُها مِن ظواهرِها أعدَّها اللَّهُ للمُتحابِّينَ فيهِ، والمتزاورينَ فيهِ ؛ والمتباذِلينَ فيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya di dalam syurga itu adanya beberapa bilik, dilihat zahirnya dari bahagian dalamnya, dan dilihat bahagian dalamnya dari bahagian zahirnya. Allah menyediakan ia untuk golongan yang saling menyayangi kerana-Nya, golongan yang saling menziarahi kerana-Nya, serta golongan yang saling berbelanja (infak) kerana-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 217, hadis no. 1157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن في الجنة غرفا، يرى ظواهرها من بواطنها، وبواطنها من ظواهرها، أعدها الله للمتحابين فيه، والمتزاورين فيه؛ والمتباذلين فيه)). [طس، ((الضعيفة)) (5387)]

(Terlalu Daif) Daripada Buraidah RA beliau berkata, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu adanya beberapa bilik, dilihat zahirnya dari bahagian dalamnya, dan dilihat bahagian dalamnya dari bahagian zahirnya. Allah menyediakan ia untuk golongan yang saling menyayangi kerana-Nya, golongan yang saling menziarahi kerana-Nya, serta golongan yang saling berbelanja (infak) kerana-Nya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5387]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.