TEKS BAHASA ARAB
إن في الجنة لمراغا من مسك مثل مراغ دوابكم في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya di dalam syurga ada tempat berkubang diperbuat dari kasturi seperti tempat berkubang haiwan tunggangan kamu di dunia.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis nombor 3417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن في الجنة لمراغا من مسك مثل مراغ دوابكم في الدنيا)). [طب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3012)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’d RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya di dalam syurga ada tempat berkubang diperbuat dari kasturi seperti tempat berkubang haiwan tunggangan kamu di dunia.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3012]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.