Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن في الجنةِ لَمَراغًا من مِسْكٍ مثلَ مَرَاغِ دَوَابِّكم في الدنيا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di dalam syurga ada tempat berkubang diperbuat dari kasturi seperti tempat berkubang haiwan tunggangan kamu di dunia.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa’d RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis no. 3417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن في الجنة لمراغا من مسك مثل مراغ دوابكم في الدنيا)). [طب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3012)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’d RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya di dalam syurga ada tempat berkubang diperbuat dari kasturi seperti tempat berkubang haiwan tunggangan kamu di dunia.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3012]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman