Sesungguhnya di dalam syurga ada suatu sungai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة لنهرا، ما يدخله جبريل من دخلة فيخرج منه فينتفض، إلا خلق الله من كل قطرة ‌تقطر ‌منه ملكا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada suatu sungai, tidaklah ia dimasuki Jibril dan keluar darinya, sehingga Allah akan menciptakan dari setiap titisan yang jatuh darinya seorang malaikat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis nombor 3355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن في الجنة لنهرا، ما يدخله جبريل من دخلة فيخرج منه فينتفض، إلا خلق الله من كل قطرة ‌تقطر ‌منه ملكا)). [فر، عد، ((الضعيفة)) (1495)]

(Palsu) Daripada Abu Said RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga ada suatu sungai, tidaklah ia dimasuki Jibril dan keluar darinya, sehingga Allah akan menciptakan dari setiap titisan yang jatuh darinya seorang malaikat.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa' dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1495]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.