Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya di dalam syurga ada suatu sungai

Teks Bahasa Arab

إنَّ في الجنَّةِ لنَهْرًا ، ما يدخلُهُ جبريلُ مِن دَخله فيخرجُ منهُ فينتفِضُ إلَّا خَلقَ اللَّهُ مِن كلِّ قطرةٍ تقطُرُ منهُ ملَكًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya di dalam syurga ada suatu sungai, tidaklah ia dimasuki Jibril dan keluar darinya, sehingga Allah akan menciptakan dari setiap titisan yang jatuh darinya seorang malaikat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis no. 3355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن في الجنة لنهرا، ما يدخله جبريل من دخلة فيخرج منه فينتفض، إلا خلق الله من كل قطرة ‌تقطر ‌منه ملكا)). [فر، عد، ((الضعيفة)) (1495)]

(Palsu) Daripada Abu Said RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga ada suatu sungai, tidaklah ia dimasuki Jibril dan keluar darinya, sehingga Allah akan menciptakan dari setiap titisan yang jatuh darinya seorang malaikat.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa' dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1495]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.