Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ فِي الجنَّةِ دارًا يُقالُ لهَا: الفَرَحُ، لَا يدخُلُهَا إِلَّا مَن فَرَّحَ الصِّبيانَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah rumah yang bernama kegembiraan. Tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang-orang yang menggembirakan kanak-kanak.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis no. 5006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((إن في الجنة دارا يقال لها: الفرح لا يدخلها إلا من فرح الصبيان)). [عد، ((الضعيفة)) (7113)].
(Munkar) Daripada ‘Aishah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah rumah yang bernama kegembiraan. Tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang-orang yang menggembirakan kanak-kanak. [Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afaa. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7113].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman