Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة شجرة، الورقة منها تغطي جزيرة العرب، أعلى الشجرة كسوة لأهل الجنة، وأسفل الشجرة خيل بلق، سروجها زمرد أخضر، ولجمها در أبيض، لا تروث ولا تبول، لها أجنحة، تطير بأولياء الله حيث يشاؤون، فيقول من دون تلك الشجرة: يا رب! بم نال هؤلاء هذا؟ فيقول الله – تعالى -: كانوا يصومون وأنتم تفطرون، وكانوا يصلون وأنتم تنامون، وكانوا يتصدقون وأنتم تبخلون، وكانوا يجاهدون وأنتم تقعدون. من ترك الحج لحاجة من حوائج الناس؛ لم تقض له تلك الحاجة حتى ينظر إلى المخلفين قدموا، ومن أنفق مالا فيما يرضي الله، فظن أن لا يخلف الله عليه؛ لم يمت حتى ينفق أضعافه فيما يسخط الله، ومن ترك معونة أخيه المسلم فيما يؤجر عليه؛ لم يمت حتى يبتلى بمعونة من يأثم فيه ولا يؤجر عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon. Sehelai daunnya dapat menaungi semenanjung Arab. Di atas pohon tersebut terdapat pakaian untuk ahli syurga, manakala di bawahnya pula ada kuda bertompok-tompok. Pelananya berwarna zamrud hijau, tali kekangnya pula berwarna mutiara putih. Ia tidak berak dan tidak kencing. Ia mempunyai sayap. Ia terbang dengan wali-wali Allah sesuka hati mereka. Lalu orang yang tidak mencapai pohon itu berkata: "Wahai Tuhan! Dengan amalan apakah mereka mendapat perkara ini?" Maka Allah menjawab: "Sesungguhnya mereka selalu berpuasa sedangkan kalian tidak berpuasa, mereka bangun solat sedangkan kalian terbuai lena, mereka rajin bersedekah sedangkan kalian bersifat kedekut, mereka turun berjihad sedangkan kalian tidak ikut bersama. Barang siapa yang meninggalkan ibadah haji semata-mata demi suatu hajat duniawi, nescaya hajat tersebut tidak akan ditunaikan buatnya sehinggalah dia melihat mereka yang meninggalkannya (untuk haji) telah pulang. Barang siapa yang menyumbangkan harta pada sesuatu yang diredai Allah, lalu dia menyangka bahawa Allah tidak akan menggantikannya, nescaya dia tidak akan mati sehinggalah dia menyumbangkan harta yang berganda-ganda pada sesuatu yang Allah murkai. Barang siapa yang enggan membantu saudara muslimnya pada sesuatu yang diberikan pahala, nescaya dia tidak akan mati sehinggalah dia diuji dengan membantu orang yang melakukan dosa dan tidak diberikan pahala kepadanya".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 502-503, hadis nombor 2687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد – رضي الله عنه – مرفوعاً: «إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً، الوَرَقَةُ مِنْهَا تُغَطِّي جَزِيْرَةَ الْعَرَب، أَعْلَى الشَّجَرَة كِسْوَةٌ لَأَهلِ الْجَنَّةِ، وَأَسْفَل الشَّجَرَة خَيْلٌ بُلْقٌ، سُرُوجُهَا زُمُرُّدٌ أَخْضَرُ، وًلُجُمُّهَا دُرُّ أَبْيَضُ، لَا تروثُ وَلَا تَبُولُ، لَهَا أَجْنِحَةٌ، تَطِيرُ بِأَوْلِيَاءِ اللهِ حَيْثُ يَشَاؤُونَ، فَيَقُولُ مَنْ دُونَ تِلْكَ الشَّجَرَةِ: یَا رَبِّ! بمَ نَالَ هَؤلَاءِ هَذَا؟ فَيَقُولُ الله – تعالى -: كَانُوا يَصُومُونَ وَأَنْتُم تفطرون، وَكَانُوا يصلُّون وَأَنْتُم تَنَامُون، وَكَانُوا يَتَصَدَّقُون وَأَنْتُم تبخلُون، وَكَانُوا يجاهدُون وأنتم تقعدون. من تركَ الحجّ لحاجةٍ من حوائجِ الناسِ؛ لم تُقْضَ له تلك الحاجة حتى ينظرَ إلى المُخَلِّفين قَدِمُوا، ومن أنفق مالاً فيما يرضي الله، فظنَّ أن لا يخلف اللهُ عليه؛ لم يمتْ حتى ينفقَ أضعافه فيما يسخط الله، ومن ترك معونةَ أخيه المسلم فيما يُؤْجَرُ عليه؛ لم يمت حتى يبتلى بمعونةِ من يأثم فيه ولا يُؤْجَرُ عليه». [خط، «الضعيفة» (5030)].

(Palsu) Daripada Abu Sa’id RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon. Sehelai daunnya dapat menaungi semenanjung Arab. Di atas pohon tersebut terdapat pakaian untuk ahli syurga, manakala di bawahnya pula ada kuda bertompok-tompok. Pelananya berwarna zamrud hijau, tali kekangnya pula berwarna mutiara putih. Ia tidak berak dan tidak kencing. Ia mempunyai sayap. Ia terbang dengan wali-wali Allah sesuka hati mereka. Lalu orang yang tidak mencapai pohon itu berkata: "Wahai Tuhan! Dengan amalan apakah mereka mendapat perkara ini?" Maka Allah menjawab: "Sesungguhnya mereka selalu berpuasa sedangkan kalian tidak berpuasa, mereka bangun solat sedangkan kalian terbuai lena, mereka rajin bersedekah sedangkan kalian bersifat kedekut, mereka turun berjihad sedangkan kalian tidak ikut bersama. Barang siapa yang meninggalkan ibadah haji semata-mata demi suatu hajat duniawi, nescaya hajat tersebut tidak akan ditunaikan buatnya sehinggalah dia melihat mereka yang meninggalkannya (untuk haji) telah pulang. Barang siapa yang menyumbangkan harta pada sesuatu yang diredai Allah, lalu dia menyangka bahawa Allah tidak akan menggantikannya, nescaya dia tidak akan mati sehinggalah dia menyumbangkan harta yang berganda-ganda pada sesuatu yang Allah murkai. Barang siapa yang enggan membantu saudara muslimnya pada sesuatu yang diberikan pahala, nescaya dia tidak akan mati sehinggalah dia diuji dengan membantu orang yang melakukan dosa dan tidak diberikan pahala kepadanya". [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5030].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.