Sesungguhnya di dalam syurga ada satu tingkatan

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة درجة لا ينالها إلا ‌أصحاب ‌الهموم. قال أبو سلمة: فقلت لأبي هريرة: الهموم في المعيشة؟ قال: نعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada satu tingkatan yang tidak akan dicapai melainkan oleh orang-orang yang susah. Abu Salamah bertanya: Orang yang susah dalam mencari sumber kehidupan? Baginda menjawab: Ya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis nombor 3417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن في الجنة درجة لا ينالها إلا ‌أصحاب ‌الهموم. قال أبو سلمة: فقلت لأبي هريرة: الهموم في المعيشة؟ قال: نعم)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (3184)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya di dalam syurga ada satu tingkatan yang tidak akan dicapai melainkan oleh orang-orang yang susah." Abu Salamah bertanya: "Orang yang susah dalam mencari sumber kehidupan?" Baginda menjawab: "Ya." [Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3184]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs