Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, yang dinamakannya al-Dhuha

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة بابا ، يقال له : الضحى ، لا يدخل منه إلا من حافظ على صلاة الضحى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, yang dinamakannya al-Dhuha. Tidak akan memasuki melaluinya melainkan orang yang memelihara solat Duha.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345, hadis nombor 1809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: «إن في الجنة بابا؛ يقال له: الضحى، لا يدخل منه إلا من حافظ على صلاة الضحى». [خط ، «الضعيفة» (394)]

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, yang dinamakannya al-Dhuha. Tidak akan memasuki melaluinya melainkan orang yang memelihara solat Duha. [Riwayat al-Khaṭīb dalam kitab al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 394]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs