Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakannya al-Dhuha

Teks Bahasa Arab

إنَّ في الجنَّةِ بابًا ، يُقالُ لهُ : الضُّحَى ، فمَن صلَّى صلاةَ الضُّحَى حنَّت إليهِ صلاةُ الضُّحَى كما يَحِنُّ الفصيلُ إلى أُمِّهِ ، حتَّى إنَّها لتَستقبِلُهُ حتَّى تُدخِلَهُ الجنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, yang dinamakannya al-Dhuha. Maka barangsiapa yang solat Dhuha, solat Dhuha itu akan merindukannya sebagaimana rindu seorang bayi kepada ibunya, sehinggalah ia bertemu dengannya dan memasukkannya ke dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344-345, hadis no. 1808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعًا: «إن في الجنة بابا؛ يقال له: الضحى، فمن صلى الضحى؛ حنت إليه صلاة الضحى؛ كما يحن الفصيل إلى أمه، حتى إنها لتستقبله حتى تدخله الجنة». [خط، «الضعيفة» (393)]

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, yang dinamakannya al-Dhuha. Maka barangsiapa yang solat Dhuha, solat Dhuha itu akan merindukannya sebagaimana rindu seorang bayi kepada ibunya, sehinggalah ia bertemu dengannya dan memasukkannya ke dalam syurga. [Riwayat al-Khaṭīb dalam kitab al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 393]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.