Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan al-Ḍuhā

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة باباً يقال له: الضحى، فإذا كان يوم القيامة نادى مناد: أين الذين كانوا ‌يديمون ‌على صلاة الضحى؟ هذا بابكم، فادخلوه برحمة الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan al-Ḍuhā. Maka, apabila tiba hari kiamat maka akan datang satu seruan yang berteriak: Di manakah orang yang selalu Solat Ḍuhā? Ini ialah pintu kalian, maka masuklah ke dalamnya dengan rahmat Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 673, hadis nombor 3469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن في الجنة باباً يقال له: الضحى، فإذا كان يوم القيامة نادى مناد: أين الذين كانوا ‌يديمون ‌على صلاة الضحى؟ هذا بابكم، فادخلوه برحمة الله)). [طس، ((الضعيفة)) (5065)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan al-Ḍuhā. Maka, apabila tiba hari kiamat maka akan datang satu seruan yang berteriak: Di manakah orang yang selalu solat ḍuhā? Ini ialah pintu kalian, maka masuklah ke dalamnya dengan rahmat Allah. [Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5065]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.