Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, ia dinamakan al-Dhuha

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة بابا؛ يقال له: الضحى، فمن صلى صلاة الضحى؛ حنت إليه صلاة الضحى؛ كما يحن الفصيل إلى أمه، حتى إنها لتستقبله حتى تدخله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, ia dinamakan al-Dhuha. Maka barang siapa yang menunaikan solat Duha, solat Duha itu akan berbunyi merindukannya sebagaimana anak unta (atau lembu) berbunyi merindui ibunya, sehinggalah sungguh ia akan bertemu dengannya sampai ia memasukkannya ke dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344-345, hadis nombor 1808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعًا: «إن في الجنة بابا؛ يقال له: الضحى، فمن صلى صلاة الضحى؛ حنت إليه صلاة الضحى؛ كما يحن الفصيل إلى أمه، حتى إنها لتستقبله حتى تدخله الجنة». [خط، «الضعيفة» (393)].

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, ia dinamakan al-Dhuha. Maka barang siapa yang menunaikan solat Duha, solat Duha itu akan berbunyi merindukannya sebagaimana anak unta (atau lembu) berbunyi merindui ibunya, sehinggalah sungguh ia akan bertemu dengannya sampai ia memasukkannya ke dalam syurga. [Riwayat al-Khaṭīb dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 393].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs