Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, dinamakan pintu itu al-Dhuha

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة بابا ، يقال له الضحى ، فإذا كان يوم القيامة نادى مناد: أين الذين كانوا يديمون على صلاة الضحى ؟ هذا بابكم فادخلوه برحمة الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, dinamakan pintu itu al-Dhuha. Maka nanti pada hari Kiamat, akan menyeru seorang penyeru: Di manakah orang-orang yang berterusan dalam menjaga solat Dhuha? Ini ialah pintu kalian. Maka masuklah kalian ke dalamnya dengan rahmat dari Allah ‘Azza wa Jalla.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis nombor 1807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعًا: «إن في الجنة بابا؛ يقال له: الضحى، فإذا كان يوم القيامة؛ نادى مناد: أين الذين كانوا يديمون على صلاة الضحى؟ هذا بابكم، فادخلوه برحمة الله عز وجل». [طس، أبو حفص الصيرفي في «حديثه»، ابن لال في «حديثه»، نصر المقدسي في «المجلس 121 من الأمالي»، «الضعيفة» (392)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu, dinamakan pintu itu al-Dhuha. Maka nanti pada hari Kiamat, akan menyeru seorang penyeru: Di manakah orang-orang yang berterusan dalam menjaga solat Dhuha? Ini ialah pintu kalian. Maka masuklah kalian ke dalamnya dengan rahmat dari Allah ‘Azza wa Jalla. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abu Hafṣ al-Ṣayrafī dalam hadithnya, Ibn Lāl dalam hadithnya, Naṣr al-Maqdisī dalam al-Majlis 121 min al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 392]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.