Sesungguhnya di dalam syurga ada burung yang mempunyai 70,000 bulu

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة طيرا له سبعون ألف ريشة، فإذا وضع الخوان قدام ولي من الأولياء؛ جاء الطير فسقط عليه، فانتفض؛ فخرج من كل ريشة لون ألذ من الشهد، وألين من الزبد، وأحلى من العسل، ثم يطير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada burung yang mempunyai 70,000 bulu, apabila diletakkan bekas makanan di hadapan seorang wali dalam kalangan para wali, datanglah burung dan jatuh ke atasnya, lalu ia pecah, lalu keluarlah dari setiap bulu itu suatu warna yang lebih lazat daripada madu, lebih lembut daripada mentega, lebih manis daripada madu. Kemudian ia pun terbang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 674, hadis nombor 3471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علقمة، قال: خطبنا عبد الله -رضي الله عنه- يوماً، فقال في خطبته: {متكئين على فرش بطائنها من إستبرق}، فقال: هذه البطائن، فكيف لو رأيتم الظواهر؟! ثم قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن في الجنة طيراً له سبعون ألف ريشة، فإذا وضع الخوان قدام ولي من الأولياء؛ جاء الطير فسقط عليه، فانتفض؛ فخرج من كل ريشة لون ألذ من الشهد، وألين من الزبد، وأحلى من العسل، ثم يطير)). [ابن مردويه في ((ثلاث مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (5026)]

(Lemah) Daripada ‘Alqamah berkata: ‘Abdullah RA berkhutbah kepada kami pada suatu hari, beliau berkata dalam khutbahnya: {Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing di dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – daripada sutera tebal yang bersulam}. Ini adalah yang di bahagian dalam, bagaimana kalau kalian melihat yang di bahagian luar? Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga ada burung yang mempunyai 70,000 bulu, apabila diletakkan bekas makanan di hadapan seorang wali dalam kalangan para wali, datanglah burung dan jatuh ke atasnya, lalu ia pecah, lalu keluarlah dari setiap bulu itu suatu warna yang lebih lazat daripada madu, lebih lembut daripada mentega, lebih manis daripada madu. Kemudian ia pun terbang. [Riwayat Ibn Mardawaih dalam Thalāth Majālis min al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5026]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs