Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik-bilik, bahagian luarnya terlihat dari dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

إن ‌في ‌الجنة ‌غرفاً، يرى ظواهرها من بواطنها، وبواطنها من ظواهرها، أعدها الله للمتحابين فيه، والمتزاورين فيه؛ والمتباذلين فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik-bilik, bahagian luarnya terlihat dari dalamnya, begitu juga bahagian dalamnya terlihat dari luarnya, ia disediakan Allah untuk orang-orang yang saling mencintai antara satu sama lain kerana-Nya, yang saling berziarah kerananya, dan saling beramal kerananya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 674, hadis nombor 3472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((إن ‌في ‌الجنة ‌غرفاً، يرى ظواهرها من بواطنها، وبواطنها من ظواهرها، أعدها الله للمتحابين فيه، والمتزاورين فيه؛ والمتباذلين فيه)). [طس، ((الضعيفة)) (5387)]

(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik-bilik, bahagian luarnya terlihat dari dalamnya, begitu juga bahagian dalamnya terlihat dari luarnya, ia disediakan Allah untuk orang-orang yang saling mencintai antara satu sama lain kerana-Nya, yang saling berziarah kerananya, dan saling beramal kerananya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5387]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs