Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ في الجنَّةِ غرفًا، يُرَى ظَواهرُها مِن بواطنِها، وبواطنُها مِن ظواهرِها، أعدَّها اللَّهُ للمُتحابِّينَ فيهِ، والمتزاورينَ فيهِ؛ والمتباذِلينَ فيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik-bilik, bahagian luarnya terlihat dari dalamnya, begitu juga bahagian dalamnya terlihat dari luarnya, ia disediakan Allah untuk orang-orang yang saling mencintai antara satu sama lain kerana-Nya, yang saling berziarah kerananya, dan saling beramal kerananya.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 674, hadis no. 3472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga ada bilik-bilik, bahagian luarnya terlihat dari dalamnya, begitu juga bahagian dalamnya terlihat dari luarnya, ia disediakan Allah untuk orang-orang yang saling mencintai antara satu sama lain kerana-Nya, yang saling berziarah kerananya, dan saling beramal kerananya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5387]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman