Sesungguhnya di dalam neraka Jahannam itu ada satu lembah

TEKS BAHASA ARAB

إن في جهنم وادياً، وفي الوادي بئر يقال له: هبهب، حقاً على الله أن يسكن فيه كل جبار عنيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam neraka Jahannam itu ada satu lembah, dan di dalam lembah itu ada satu perigi yang disebut sebagai Habhab. Menjadi hak ke atas Allah SWT untuk menempatkan di dalamnya semua yang sombong lagi degil.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis nombor 497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي موسى – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن في جهنم وادياً، وفي الوادي بئر يقال له: هبهب، حقاً على الله أن يسكن فيه كل جبار عنيد.
[عق، ع، عد، طس، ك، ابن عساكر، ابن لال في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1181) (5196)]

(Lemah)
Daripada Abū Mūsā RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka Jahannam itu ada satu lembah, dan di dalam lembah itu ada satu perigi yang disebut sebagai Habhab. Menjadi hak ke atas Allah SWT untuk menempatkan di dalamnya semua yang sombong lagi degil.”
[Diriwayatkan oleh al-‘Uqaylī dalam al-Ḍhu‘afā’ al-Kabīr, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1181, 5196]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs