Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ في جَهنَّم واديًا، وَفي الوادي بِئرٌ يُقالُ لَه: هَبْهَبُ، حقٌّا عَلى اللهِ أنْ يُسكِنَ فيه كُلَّ جبَّارٍ عَنيدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di dalam neraka Jahannam itu ada satu lembah, dan di dalam lembah itu ada satu perigi yang disebut sebagai Habhab. Menjadi hak ke atas Allah SWT untuk menempatkan di dalamnya semua yang sombong lagi degil.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 96, hadis no. 497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى - رضي الله عنه - أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن في جهنم وادياً، وفي الوادي بئر يقال له: هبهب، حقاً على الله أن يسكن فيه كل جبار عنيد. [عق، ع، عد، طس، ك، ابن عساكر، ابن لال في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1181) (5196)]
(Daif) Daripada Abū Mūsā RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya di dalam neraka Jahannam itu ada satu lembah, dan di dalam lembah itu ada satu perigi yang disebut sebagai Habhab. Menjadi hak ke atas Allah SWT untuk menempatkan di dalamnya semua yang sombong lagi degil.” [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍhu‘afā’ al-Kabīr, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1181, 5196]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman