Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لجهنمَ بابًا لا يَدْخُلُه إلا مَن شَفَى غَيْظَه بمعصيةِ اللهِ -عز وجل-.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di dalam neraka jahanam ada suatu pintu yang tidak dimasuki oleh sesiapapun kecuali orang yang melepaskan kemarahannya dengan cara bermaksiat kepada Allah 'Azza wa Jalla.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 662, hadis no. 3418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن لجهنم بابا لا يدخله إلا من شفى غيظه في معصية الله -عز وجل-)). [البزار، فر، ((الضعيفة)) (3187)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya di dalam neraka jahanam ada suatu pintu yang tidak dimasuki oleh sesiapapun kecuali orang yang melepaskan kemarahannya dengan cara bermaksiat kepada Allah 'Azza wa Jalla.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3187]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman