Sesungguhnya di dalam masjid terdapat suatu kawasan yang menghadap tiang ini, yang tidak diketahui oleh orang ramai

TEKS BAHASA ARAB

إن في المسجد لبقعة قبل هذه الأسطوانة، لو يعلم الناس ما صلوا فيها إلا أن تطير لهم قرعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di dalam masjid terdapat suatu kawasan yang menghadap tiang ini, yang tidak diketahui oleh orang ramai. Sekiranya mereka tahu, nescaya mereka tidak akan (berusaha untuk) menunaikan solat di tempat itu melainkan mereka perlu mencabut undi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 256, hadis nombor 1326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها – أن رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن في المسجد لبقعة قبل هذه الأسطوانة، لو يعلم الناس، ما صلوا فيها إلا أن تطير لهم قرعة)). وعندها جماعة من أبناء الصحابة، فقالوا: يا أم المؤمنين، وأين هي؟ فاستعجمت عليهم، فمكثوا عندها ساعة، ثم خرجوا وثبت عبدالله بن الزبير، فقالوا: إنها ستخبره بذلك المكان، فارمقوه في المسجد حتى تنظروا حيث يصلي، فخرج بعد ساعة فصلى عند الأسطوانة التي صلى إليها ابنه عامر بن عبدالله بن الزبير، وقيل لها: أسطوانة القرعة، قال عتيق: وهي الأسطوانة التي واسطة بين القبر والمنبر عن يمينها إلى المنبر أسطوانتين (كذا)، وبينها وبين المنبر أسطوانتين (كذا)، وبينها وبين الرحبة أسطوانتين (كذا)، وهي واسطة بين ذلك، وهي تسمى أسطوانة القرعة. [طس، ((الضعيفة)) (2390)]

(Munkar)
Daripada Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam masjid terdapat suatu kawasan yang menghadap tiang ini, yang tidak diketahui oleh orang ramai. Sekiranya mereka tahu, nescaya mereka tidak akan (berusaha untuk) menunaikan solat di tempat itu melainkan mereka perlu mencabut undi. Pada ketika itu, di sisi ‘A’ishah terdapat anak-anak kepada para sahabat. Lalu mereka bertanya: Wahai Ummu al-Mu’minin, di manakah tempat tersebut? Lalu beliau pun mendiamkan diri. Maka mereka itu pun duduk sebentar di sisi beliau. Kemudian mereka keluar, namun Abdullah bin al-Zubair terus kekal disitu. Lalu mereka berkata: Sesungguhnya ‘A’ishah pasti akan menceritakan kepadanya (Abdullah) akan dimana tempat tersebut. Maka perhatikanlah kamu akan dia di dalam masjid, sehingga kamu dapat melihat tempat dia mendirikan solat. Lalu ‘Abdullah pun keluar setelah beberapa ketika, dan beliau mendirikan solat di sisi tiang yang anak lelakinya ‘Amir bin Abdullah bin al-Zubair telah solat padanya. Dikatakan tentangnya: Tiang qur’ah. ‘Atiq berkata: Iaitu tiang pertengahan di antara kubur dan juga mimbar (Nabi SAW) di sebelah kanannya ke arah mimbar ada dua tiang (sebegini). Dan di antaranya dan mimbar ada dua tiang (begini). Di antaranya dengan kawasan lapang (berdekatan pintu masjid) ada dua tiang (begini). Ia terletak pada pertengahan antara keduanya. Itulah yang dinamakan sebagai tiang qur’ah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2390]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs