Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya di dalam Jahannam ada satu lembah yang selalu Jahannam meminta perlindungan daripada lembah itu setiap hari 400 kali

Teks Bahasa Arab

إنَّ في جهنمَ لواديًا تستعيذُ جهنمَ من ذلك الوادي كلَّ يومٍ أربعَ مئةِ مرةٍ، أعد ذلك الوادي للمُرائين من أمةِ محمدٍﷺ: لحاملِ كتابِ اللهِ، وللمصدقِ في غيرِ ذاتِ اللهِ، وللحاجِّ إلى بيتِ اللهِ، وللخارجِ في سبيلِ اللهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya di dalam Jahannam ada satu lembah yang selalu Jahannam meminta perlindungan daripada lembah itu setiap hari 400 kali, disediakan lembah itu untuk orang-orang yang riya’ dalam kalangan umat Muhammad SAW: Untuk orang yang membawa kitab Allah, orang yang bersedekah bukan kerana Allah, orang yang pergi melakukan haji ke Baitullah, serta orang yang keluar ke jalan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 748, hadis no. 3833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «إن في جهنم لواديا تستعيذ جهنم من ذلك الوادي كل يوم أربع مئة مرة، أعد ذلك الوادي للمرائين من أمة محمدﷺ: لحامل كتاب الله، وللمصدق في غير ذات الله، وللحاج إلى بيت الله، وللخارج في سبيل الله». [طب، «الضعيفة» (5023)].

(Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya di dalam Jahannam ada satu lembah yang selalu Jahannam meminta perlindungan daripada lembah itu setiap hari 400 kali, disediakan lembah itu untuk orang-orang yang riya’ dalam kalangan umat Muhammad SAW: Untuk orang yang membawa kitab Allah, orang yang bersedekah bukan kerana Allah, orang yang pergi melakukan haji ke Baitullah, serta orang yang keluar ke jalan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5023].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.