Sesungguhnya di antara kegembiraan seseorang itu adalah ketika dia meminta istikharah kepada Tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

إن من سعادة المرء استخارته لربه، ورضاه بما قضى، وإن من شقاوة العبد تركه الاستخارة، وسخطه بما قضى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di antara kegembiraan seseorang itu adalah ketika dia meminta istikharah kepada Tuhannya, dan keredhaannya terhadap apa yang telah Dia tentukan. Dan sesungguhnya di antara penderitaan seseorang itu adalah meninggalkan permintaan istikharah serta ketidak puas hatinya terhadap apa yang telah Allah tentukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1551, hadis nombor 7865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص – رضي الله عنه- أن رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((إِنَّ مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ اسْتِخَارَتُهُ لِرَبِّهِ، وَرِضَاهُ بِمَا قَضَى، وَإِنَّ من شَقَاوَةِ الْعَبْدِ تَركهُ الاسْتِخَارَةَ، وَسَخَطُهُ بِمَا قَضَى)) [ع -السياق له-، البزار، ((الضعيفة)) (6212)]

(Lemah)
Daripada Sa’d Bin Abi Waqqas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara kegembiraan seseorang itu adalah ketika dia meminta istikharah kepada Tuhannya, dan keredhaannya terhadap apa yang telah Dia tentukan. Dan sesungguhnya di antara penderitaan seseorang itu adalah meninggalkan permintaan istikharah serta ketidak puas hatinya terhadap apa yang telah Allah tentukan.”
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad – konteks baginya- dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6212]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs