Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ اسْتِخَارَتُهُ لِرَبِّهِ، وَرِضَاهُ بِمَا قَضَى، وَإِنَّ من شَقَاوَةِ الْعَبْدِ تَركهُ الاسْتِخَارَةَ، وَسَخَطُهُ بِمَا قَضَى
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya di antara kegembiraan seseorang itu adalah ketika dia meminta istikharah kepada Tuhannya, dan keredhaannya terhadap apa yang telah Dia tentukan. Dan sesungguhnya di antara penderitaan seseorang itu adalah meninggalkan permintaan istikharah serta ketidak puas hatinya terhadap apa yang telah Allah tentukan.
Sahabat Perawi
- Sa’d bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1551, hadis no. 7865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص - رضي الله عنه- أن رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: ((إِنَّ مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ اسْتِخَارَتُهُ لِرَبِّهِ، وَرِضَاهُ بِمَا قَضَى، وَإِنَّ من شَقَاوَةِ الْعَبْدِ تَركهُ الاسْتِخَارَةَ، وَسَخَطُهُ بِمَا قَضَى)) [ع -السياق له-، البزار، ((الضعيفة)) (6212)]
(Lemah) Daripada Sa’d Bin Abi Waqqas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara kegembiraan seseorang itu adalah ketika dia meminta istikharah kepada Tuhannya, dan keredhaannya terhadap apa yang telah Dia tentukan. Dan sesungguhnya di antara penderitaan seseorang itu adalah meninggalkan permintaan istikharah serta ketidak puas hatinya terhadap apa yang telah Allah tentukan.” [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad - konteks baginya- dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6212]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman