Sesungguhnya di antara dua tangan Allah Azzawajalla dengan makhluk itu ada tujuh puluh ribu hijab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن بين يدي الله عز وجل وبين الخلق سبعين ألف حجاب، وأقرب الخلق إلى الله عز وجل جبريل وميكائيل وإسرافيل، وإن بينهم وبينه أربع حجب: حجاب من نار، وحجاب من ظلمة، وحجاب من غمام، وحجاب من الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di antara dua tangan Allah Azzawajalla dengan makhluk itu ada tujuh puluh ribu hijab. Manakala makhluk yang paling dekat dengan Allah Azzawajalla ialah Jibril, Mikail dan Israfil. Sesungguhnya antara mereka dengan Dia ada empat hijab: hijab daripada api, hijab daripada kegelapan, hijab daripada awan dan hijab daripada air.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 569, hadis nombor 2943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سهل بن سعد، قَالَ: قَالَ رسول الله ﷺ: «إن بين يدي الله عز وجل وبين الخلق سبعين ألف حجاب، وأقرب الخلق إلى الله عز وجل جبريل وميكائيل وإسرافيل، وإن بينهم وبينه أربع حجب: حجاب من نار، وحجاب من ظلمة، وحجاب من غمام، وحجاب من الماء». [الدارقطني في «الأفراد»، ابن الجوزي، «الضعيفة» (6502)].

(Palsu) Daripada Sahl bin Sa‘d RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya di antara dua tangan Allah Azzawajalla dengan makhluk itu ada tujuh puluh ribu hijab. Manakala makhluk yang paling dekat dengan Allah Azzawajalla ialah Jibril, Mikail dan Israfil. Sesungguhnya antara mereka dengan Dia ada empat hijab: hijab daripada api, hijab daripada kegelapan, hijab daripada awan dan hijab daripada air.” [Riwayat al-Dārāquṭnī dalam al-Afrād dan Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6502].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.